Wednesday, November 30, 2011

Komik


Huhhh!!!
Susah jugak nak buat komik ni...
Huuuhhh!! Bile lah nak siap komik ni...
Memang susah nak wat komik macam Gempak Starz tu...
Bukan senang... Nak kene lukis bagi real, bile habis nak kene tekap balik lukisan yang aku lukis tu dengan pen Artline...
huhuhu tapi yang susahnya dan aku tak tahu... macam mana nak wat belon dialog yang betul dan macam mana nak tulisa tulisan yang sempurna dan cantik di belon dialog tu.. :'(
susahnya nak buat ni semue... Hmmmmm...
Macam mane nak siap kalau printer takde, komputer takde mouse, nak gune program Manga Studio lagi... huhuhuhu susah... susah..
harap2lah susatu hari nnti aku dpt lukis lukisan yang cantik dan menarik..
pastu boleh la buat komik yang menarik dan bagus di padngan mata orang...
kan seronok...
mcm ni...




Tuesday, November 29, 2011

◃ ◁ ◀ My Profile ▶ ▷ ▸


Nama : Mohd Haziq Bin Abd Razak
Umur : 15 tahun
T.Tinggal : BBS FASA 2B,Asal daripada kedah
Sekolah : Taman Selayang
Hobi : Melukis karakter fantasy
Bakat : Mencipta komik

Asslmlkm? Salam sejahtera..
So.. Dah kenal sapa sye...
Kalau nak tau bakat sya memanglah besar...
Mungkin takdelah besar sangtkan...
Sye suka sangt melukis..
Cita2 saya memang betul nak jadi pelukis anime atau manga..
hobi saye bukan melukis je... saya suka menggunakan komputer, bace buku, edit gamba, edit video, tangkap gamba dan mcm2 lagi.. tapi bagi saye melukis no.1 ^_^

jika mahu berkenalan dengan lebih rapat add saya di FB
just search "Mohd Haziq Abd Razak "
so, jika mahu saye ajarkan melukis, mereka komik atau berkongsi ilmu agama atau motivasi...
Boleh je... no problem.. ^_^


Monday, November 28, 2011

Kartun


Kartun..
Kadang-kadng seronok melukis kertun
Paling seronok bile time lukis macam2 muka karekter kartun.
Kadang2 nak lukis die tu memang susah kalau tak reti,
kadng2 kite tangok orng lukis mamang senang,
sampaikan dalam hati pun berbisik...
"Alah senang je die lukis"
tapi sedngkan die pun tak reti  =.=''
memang tak respect orang mcm tu.
Tpi ape pun kdng2 bile melukis ni seronok juga sebab ade bakat,
tapi kadng2 bile kite tngok kwan kite yang suka melukis sma
ade juga perasaan dengki terhadap kite...
Yelah dah lukisan kite cantik bile pdngn matnya,
tapi sedangkan bg kite tak cantik pun... huhuhu +..+
Melukis jugak boleh membuatkan kite fokus dengan betul
dan ia juga boleh menjadi tension jika lukisan tidak menjadi.
sya pun pernah juga jadi seperti begitu..
tetapi sye tidak pernah putus asa walaupun gagal...
walau gagal sye tetap usaha untuk mmelukis dngan betul..
kerana itulah cita2 sya ^_^
semoge sya dpt mncapai cita2 yang saya impikan
.:: ~*AMIN*~ ::.


Anime

Anime (bahasa Jepun: アニメ) merupakan animasi yang berasal dari Jepun. Anime bagaikan gambar manga (komik Jepun) yang bergerak.

Generasi pertama anime

Pada tahun 1910-1920an, animator untuk anime termasuk Shimokawa OtenKouchi Jun'ichiKitayama Seitaro.
Tidak banyak pembuatan dari generasi ini yang masih terdapat di dunia sehingga kini. Kebanyakannya telah dihapuskan, hilang, dilesen oleh pihak pawagam atau lain-lain.

Anime di Malaysia

Anime yang awal seperti Doraemon telah mendapat sambutan yang baik semenjak awal 1990an, sewaktu disiarkan di RTM (sekarang disiarkan di ntv7). TV3 dan ntv7 meneruskan kegemilangan anime di TV Malaysia dengan menyiarkan Cardcaptor SakuraSlam Dunk dan Crayon Shin-chan sekitar tahun 2000. Sehingga kini, masih terdapat pelbagai Anime disiarkan di televisyen Malaysia, seperti Naruto (2003) di TV3 dan Gundam Seed di TV2. Kebanyakan siri-siri anime dialih suara ke Bahasa Melayu oleh Syarikat Filem Karya Nusa di Malaysia sini. Terdapat juga anime terdapat di Malaysia, yang tidak terdapat di negara-negara barat, sepertiHatsumei Boy KanipanMirmo Zibang, dan lain-lain.Terdapat sebuah majalah anime tempatan iaitu Majalah Starz.
Kini anime di Malaysia boleh dikatakan telah memecahkan populariti animasi-animasi dari Amerika Syarikat. Sejak 31 Ogos 2006, syarikat televisyen tempatan, Astro, telah menambah sebuah saluran khas, saluran 715, iaitu Animax, khas untuk rancangan anime.
Pada 3 Januari 2007, NTV7 telah memperkenalkan slot midnight anime yang menayangkan anime seperti Trinity Blood dan Shakugan no Shana dalam bahasa asalnya dengan sarikata bahasa Melayu. Anime ini ditayangkan setiap hari Rabu hingga Jumaat pada pukul 12.15 tengah malam.